p0

p-1

p-2

Yellow Pages Listing of HomeStays across Malaysia

For your convenient, I will try my best to compile homestays around Malaysia. First priority will be around Penang/Butterworth/Perai/S. Jaya/BM.

You can help me building the database. If you come across ny homestay worth sharing, do drop a line for me to include into the lists Thanks . :)


Note : this page no longer in use. Refer to RAKAN HOMESTAY list in the right column.

Famous Eating Places

Perai/Permatang Pauh/Seberang Jaya, Penang
  • Kee Chaw Koew Teow, Seberang Jaya - 017 442 0060
  • Char Koew Teow, Permatang Pauh
  • Perda Char Koew Teow, Bandar Perda
  • Bawal goreng
  • Nasi bersila

Kulim, Kedah

  • Nasi Ayam Periok Besar
  • Pokok Manggis

Point of Interest

Outings
Kulim
  • Ulu Paip
  • Sungai Sedim
  • Bukit Hijau

Shoppings

My blogging resources

Oghe Klate

Placeholder - Still in construction

Jalan2 cari Orang Kurang Makan

Sedutan dari blog Monier ... Mula tu cerita politik tapi isinya menyentuh ttg insan kampuung yang kurang bernasib baik dan dilupakan oleh kebanyakan kita. Saya sendiri pernah ikut serpihan group Monier nie masuk ceruk kampung utk hantar bantuan sebelum menjelang bulan puasa.... Baik untuk pengajaran

Friday, May 29, 2009

Penanti:ceramah tadi
Malam tadi jam 9:30 mlm saya sebagai Penceramah pertama memulakan ceramah kempen Pakatan di Kg Padang Ibu, DUN Penanti. Waktu saya nak mola tu, saya nampak Polis tak beruniform lebih ramai drpd hadirin yg hadir. Saya heran gak awatnya ramai sangat Polis kali ni, Polis dok mai buat apa, UMNO bukannya bertanding pun. Bila saya baca Malaysiakini petang tu, baru saya paham, ada penceramah yg dijemput ke Balai apabila ada isi-isi ceramah mereka tu yang mengikut kamus polis sudah tersasar dari sasaran. Tat pa, biaqlah Polis buat kerja Polis, kita buat kerja kita.


Sebetulnya, saya tak berapa berkenan nak pi ceramah dlm Pilihanraya Kecil yang berprofil tinggi mcm di Penanti ini, sebab saya tau kalau hg tersilap cakap, dia boleh jadi 2 benda saja: yg pertama nama hang keluar dlm s.habag dengan isi ceramah diputarbelit dan yg ke-dua hang kena panggil pi balai makan kenduri (istilah GobalaKrishnan bila kena panggil pi balai).

Tapi, saya pi juga sebab Pengerusi Majlis ceramah mlm tadi tu, sdra Azman dari Pdg Ibu dok call minta saya mai jugak, dia kata geng2 Padang Ibu khususnya jemaah masjid dan Pemuda Pdg Ibu depa dok minta saya pi ceramah jugak-jugak, depa dah dengar saya ceramah di situ 2 kali dah sebelum ini (PRU12 dan PRK P.Pauh), depa habag depa malas dah nak dengar cerita bab Rasuah bab Hakim dan bab politik Tinggi-Tinggi tu, depa seronok nak dengar saya cerita kisah-kisah org miskin, kisah org tak dak duit nak beli makan, kisah org biasa, kisah kicap dan toyu, kisah pampers dan susu, kisah org kena buang kilang, kisah org kena VSS hilang kerja sampai keta kena tarik dll. Depa kata kisah-kisah tu lebih dekat di hati depa, jadi depa minta saya mai jugak-jugak.

Jadi, ceramah saya tadi mlm, saya feed kat depa apa yg depa mintak; saya ulas Fasal 3 Perlembagaan UMNO yg antara lain UMNO kata UMNO ditubuhkan utk meningkatkan Ekonomi Org Melayu atau pun dgn kata lain utk membasmi kemiskinan di kalangan org2 Melayu. Saya cerita bab kemiskinan ni satu persatu; saya habag kata org dok ingat cerita bab isu kemiskinan di kalangan org2 Melayu ini hanyalah mitos, hanyalah cerita dongeng yg tak wujud, yg cuma diada-adakan. Saya kata semua anggapan itu adalah tidak betul. Kisah kemiskinan di kalangan org-org Melayu memang wujud, memang satu realiti.

Saya cerita kisah Kak Mazni di Baling yg menangis teresak-esak apabila kami pi huluq kat dia duit Note RM50. Saya kata "Tuan-tuan dan puan-puan tak pernah berjumpa dengan org yg menangis teresak-esak sampai meleleh air mata dok ucap t.kasih t kasih tak berhenti-henti bila org pi bagi kat dia duit note RM50, tapi saya dah pernah berjumpa org mcm tu".

Saya cerita juga kisah sorang kakak di Manong Perak, bila kami pi rumah dia dgn bantuan sorang Cikgu Sekolah - guru kaunselor, pi bagi beras, ikan sardin, minyak, gula kopi dan sedikit buah tangan, dia cekup muka dia dgn dua belah tangan, lepas tu meraung-raung menangis serupa kena rasuk.

Besoknya Cikgu Sekolah tu called kami, dia kata Kakak tu mai sekolah jumpa Guru Besar. Kakak tu habag kat Guru Besar, dia terima kasih banyak-banyak kerana cikgu hantar org pi bagi beras kat dia sebab waktu kami pi tu - lebih kurang jam 1 tengah hari - dia memang tengah dok berserabut, tgh dok fikir nak masak apa utk anak-anak dia tengahari tu sbb kat dapur dia memang tak dak benda nak masak - dah keputusan makanan. Sebab tu bila dia tengok beras dll tu, dia jadi terkejut dan otomatik terus menangis meraung-raung, terkejut dengan rezeki yg dikurniakan Tuhan drpd sumber yang tak disangka-sangka itu. Macam2 lagi kisah saya cerita termasuklah kisah kemiskinan di rumah Flat Jln Ampang x jauh drpd bangunan KLCC yg tersergam indah itu.

Saya kata: "50 Tahun lebih depa memerintah, apa depa buat? apa dah jadi kat org-org miskin org Melayu yang satu bangsa satu kulit satu warna dan satu agama dengan kita ni?"

Fikir ambik sendiri lah!

Kemudian saya memetik kata-kata activist pejuang isu kemiskinan bangsa Melayu sepanjang zaman, iaitu Prof Diraja Ungku Aziz. Kata beliau
"Sesungguhnya, apa pun org kata, Kemiskinan Masih Tetap Merupakan Agenda Utama Permasalahan Bangsa!!"

Saya tak kisah sebenarnya, PAS ka Keadilan ka, Bebas ka sapa ka yg bertanding, bagi saya yg mai dari Baling ni, yg memang dibesarkan dlm suasana kemiskinan ni - yg 5 tahun hidup di MRSM dlm penuh inferiorty compleks, rasa rendah diri sebab kwn2 anak org kaya, mak ayah depa mai visit setiap minggu dgn keta mewah, sedang arwah org tua saya mai setahun sekali saja naik bas Kulim Baling warna hijau tu, itu pun sbb mai tengok saya terima hadiah pelajar terbaik - saya memang cukup sensitif dengan masalah kemiskinan ni. Saya tak kira pentas apa, kalaulah Pakatan mengizinkan saya menggunakan pentas mereka utk utara kan isu kemiskinan yg cukup dekat di hati saya ini, maka itu yg saya lakukan.

Kemudian saya cerita bab kilang, bab org kena VSS sampai kena jual nasi lemak tepi jln nak survive dll, juga kisah tak dak duit sampaikan tak boleh nak beli pampers anak, susu dll.

Half-way thru, tengah dok rancak, YB-YB mai. Tak sangka pulak, ramai sungguh YB-YB VVIP kali ini. Lalu, saya terpaksa stop ceramah dan bagi laluan kpd YB-YB berikut menurut turutan tadi malam:

1. Ust Nasharudin Mat Isa - Timb Presiden PAS
2. Datuk Kamarudin Jaafar - Setiausaha Agung PAS
3. DS Anwar Ibrahim - Presiden KeAdilan
4. Datuk Mustafa Ali - Naib Pres PAS
5. Mustafa Kamil Ayub - Naib Presiden Keadilan
6. Datuk Mansor - calon Penanti
7. Dr Hatta - YB PAS Kuala Krai
8. Gobala Krishnan - YB PKR Padang Serai

Hangpa tengok sendirilah nama-nama VIP di atas tu, boleh tengok betapa seriusnya Pakatan dengan p.raya Penanti ni. No wonderlah UMNO pun serius jugak, geng-geng Pemuda Padang Ibu habag kat saya kat Padang Ibu saja sudah ada beberapa buah bas dah ready nak bawa org-org kampung pi shopping makan angin di Padang Besar atau Bkt Kayu Hitam 31 hb Mei ini, satu cara nak elak orang drpd turun mengundi.

Setiap VIP-VIP di atas ni depa bagi ceramah Touch & Go, ada lah kot lebih kurang 15 ke 20 minit sorang, kecuali penceramah last, YB Gobala, dia balun sampai jam 12:00. Saya dok ingat dok ulas ceramah beliau, tapi tak berani pulak nak tulis sebab saya rasa semua ucapan dia tu SB-SB dah catat dah tadi mlm, dan saya dimaklumkan oleh beliau sendiri bahawa hari ini 30 Mei 09, jam 3:00 petang dia sudah dijemput untuk makan kenduri (istilah beliau bila dipanggil polis) di Balai Polis Bkt Mertajam. Saya dok bergelak tak berhenti sepanjang ceramah beliau, dan betul-betul kagum dengan keberanian beliau dlm berhujjah ini; saya rasa tahap saya kalau nak banding dgn beliau memang jauh sungguh, mcm langit dengan bumi.

Tat pa lah, YB-YB di atas depa dok main Line depa sendiri, full time politicians, mcm saya cakap mlm tadi, saya hanyalah rakyat marhain mcm jugak pendengar-pendengar yg hadir tu, saya mengambil kesempatan dijemput ceramah tu utk berkongsi cerita pasal isu rakyat jelata, pasal bab org kg makan ikan gelama masin, makan nasik dengan toyu, kisah org kerja kilang yg hidup tersempit sekarang dll. Saya cuma berharap, kisah-kisah itu akan ada org atas yg dengar.

Mlm tadi, bila saya bisik kat Dr Mansor, calon Penanti bakal Timbalan KM 1 P.Pinang - bolehkah saya hantar proposal kat dia bila dia dah jadi TKM nanti, cara-cara nak menangani isu VSS di kalangan pekerja kilang di P.Pinang ini, dia kata by all means, tlg send mai kat dia nanti. Insyaallah akan saya usahakan; sekurang2 nya ada jugak hasil drpd ceramah org biasa mcm saya yg tak seberapa ni.

sekian dilaporkan.
30.5.09

http://mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com/2009/05/penanti-ceramah-tadi-malam.html

http://us.mc453.mail.yahoo.com/mc/compose?to=moniermatdin@yahoo.com

Vacation

The Team

Placeholder - Still in construction

University of Pacific

Outdoor Activities

Car Matters

About This Blog

About This Blog

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP